Wednesday 8 February 2017

Travel to Kuching, Sri Aman

Travel to Iban Terriotery
Pada hujung bulan 12, 2016 saya berkesempatan untuk merasai kemeriahan menyambut Hari Natal di perkampungan orang Iban, Sri Aman.
Saya ingin mulakan entry ini dengan persepsi saya terhadap keadaan mereka.

Kira misconception sebelum saya melihat dengan mata kepala sendiri. Saya ada 3 anggapan yang bermain di fikiran saya:

1) keadaan rumah panjang
Imaginasi saya ingat bahawa semua rumah panjang adalah dari kayu dan ada di persisiran sungai atau atas laut.

2) keriuhan suasana
Saya fikir yang suasana di rumah panjang adalah bercampur gaul, riuh rendah seisi satu rumah panjang.

3) Keadaan jalan yang bercampur atau ada perjalanan yang harus menaiki bot atau melintas jambatan

Itu adalah misconception yang lahir dalam minda saya sebelum saya tiba di Kuching.
Flight dari KL memakan masa 1 jam 30 minit sahaja. Dengan rasa keterujaan yang mendalam, macam-macam difikirkan. Apalah keadaan dan gambaran sebenar penduduk, persekitaran dan kehidupan masyarakat di sana?

Setibanya saya di Airport sana, ada sahabat kepada sahabat saya yang sudah sedia menunggu kami.
Keadaan jalan raya yang luas, bersimpang dan jalan raya seakan baru lepas di tar.

Kami terus ke rumah mereka dan bermalam di Seratok pada malam pertama.


Mahu tahu apa yang saya rasa?

Saya rasa tenang, jiwa seakan beku, teruja melihat keadaan sekeliling, tenang sahaja. Banyak pembangunan, kemajuan dan seluruh imaginasi saya jadi 89% berbeza dari yang saya fikirkan sebelum ini.

Keadaan rumah yang ada bahagian "ruai" yang luas.


Bila masuk ke dalam rumah, saya ingatkan kecil tapi makin kedalam makin luas rupanya..



Memang suasana riuh rendah bila ramai lepak di bahagian ruai depan pintu masing-masing. Sehingga jam 2 ke 3 pagi baru mereka masuk.
Hidangan biasa adalah makanan ringan, air bergas dan air tuak.

Of course saya tidak minum tuak. (Bajet alim sebab pakai tudung)

Menariknya,saya sempat juga merasa manok pansuh atau "ayam pansuh".
Mereka masak ayam dengan sayur pucuk ubi di dalam buluh. Macam bakar lemang, tapi perghh..

Ayamnya sanggat lembut dan sedapppp..
Makanan lain yang famous di Sarawak adalah Laksa Sarawak dan Me Kolok.
Memang suatu pengalaman yang menarik sebab mereka boleh dikatakan sangan rapat biarpun tidak ada ikatan persaudaraan sebenar. Tapi keakraban di bawah satu bumbung memang dapat dilihat dengan jelas.
Keadaan jalan pula saya rasa sangat selesa dan tidaklah berlubang mana atau "jalan lama". Memuaskan biarpun perjalanan agak jauh utk ke satu satu daerah tetapi jalannya tidak bermasalah.
Kita terus kepada point yang penting, ada satu dinding perantara antara MASYARAKAT SEMENANJUNG DAN SABAH SARAWAK (Borneo).

Dinding atau gap ini wujud kerana kedua-dua pihak mempunyai tanggapan berbeza. Skeptikal rumors yang dicanang dalam kelompok memasing seolah-olah memperlekeh, memandang rendh atau menentang satu pihak lagi.

Malah, salah tanggapan ini diheboh sehingga menutup mata mereka daripada mencari kebenaran.

Sampai bila kita mahu berada di bawah kepompong sendiri. Cubalah keluar sekali sekala mencari kebenaran dengan pemerhatian, mengalami sendiri pengalaman, datang sendiri belajar dan menambah ilmu kemasyarakatan. Tidak salah untuk mendalami ilmu secara sendiri tanpa guru. Tapi berguru dengan "pengalaman sendiri bersama mereka".

Rujukan dari Google tentang Iban Lifestyle boleh di baca melalui laman
https://ibancustoms.wordpress.com/iban-history-in-brief/

Branches Of Iban
Peoples
Although Ibans generally speak a dialect which is mutually intelligible, they can be divided into different branches which are named after the geographical areas where they reside.
Majority of Ibans who live around the Lundu and Samarahan region are called Sebuyaus.
Ibans who settled in areas in Serian district (places like Kampung Lebor, Kampung Tanah Mawang & others) are called Remuns. They may be the earliest Iban group to migrate to Sarawak.
Ibans who originated from Sri Aman area are called Balaus.
Ibans who come from Betong, Saratok & parts of Sarikei are called Saribas.
The Lubok Antu Ibans are classed by anthropologist as Ulu Ai Ibans.
Ibans from Undup are called Undup Ibans. Their dialect is somewhat a cross between the Ulu Ai dialect & the Balau dialect.
Ibans living in areas from Sarikei to Miri are called Rajang Ibans. They are the majority group of the Iban people. They can be found along the Rajang River, Sibu, Kapit, Belaga, Kanowit, Song, Sarikei, Bintangor, Bintulu and Miri. Their dialect is somewhat similar to the Ulu Ai dial
ect.

Rujukan
Pengalaman sendiri
Penduduk Sri Aman
Penduduk Seratok
https://ibancustoms.wordpress.com/iban-history-in-brief/

No comments:

Post a Comment