Saya sebenarnya bukanlah suka untuk menulis tentang ulasan buku yang saya baca, tetapi kali ini ada input yang berguna boleh dipraktikkan melalui buku ini.
Dale Carnegie, bukunya berjudul,
"How to stop worrying and start living"
Baca tajuk pun sudah tahu point pertamanya adalah, berhenti merasa bimbang/gusar/gelisah.
kedua, teruskan kehidupan anda.
Saya tertarik untuk mengulas tentang kepercayaan seseorang boleh mengubah persepsi terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
Bagaimana pemikiran yang positif dapat membawa kepada perkara yang baik, dan pemikiran negatif akan membawa kepada kegusaran yang melampau. Risau tidak bertempat, dan memikirkan sesuatu secara berlebihan.
Hujah dalam EdaranSalindah pada 5 Dis 2010, Tiga juta rakyat Malaysia terdedah penyakit mental.
" Kajian Beban Penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan masalah kemurungan yang menjadi antara punca penyakit mental akan naik ke tangga kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia di seluruh dunia menjelang 2020.
Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-III pada 2006 menunjukkan kewujudan masalah kesihatan mental adalah 11.2 peratus di kalangan orang dewasa dan 20.3 peratus di kalangan kanak-kanak dan remaja."
Jadi, apa yang harus dilakukan bagi mengelakkan diri terlampau memikir?
Fikir hari esok yang belum tentu lagi???
atau celaru berfikir tentang hari semalam yang sudah berlalu????
Sampai kita lupa menghargai hari ini, saat dan ketika ini.
Dale Carnegie ada mencadangkan agar kita fokus kepada hari yang sedang berlaku sekarang.
Berusaha membaiki dan memperbetulkan kesilapan hari ini.
Beliau juga menegaskan dengan beberapa soalan bagi kenalpasti punca kerisauan..
Daripada kita terlampau memikirkan sesuatu perkara, cuba jawab soalan ini:
1) Apakah yang paling teruk bila perkara tersebut berlaku?
2) Adakah jalan untuk mengelak daripada perkara yang dirisaukan menjadi kenyataan?
3) Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengelak daripada perkara tersebut berlaku?
Jika ada jawapan bagi soalan-soalan di atas, anda akan tahu hala tuju kehidupan anda. Step seterusnya pasti ada di hadapan anda.
Pengajaran yang kita harus tahu adalah, kita banyak mengabiskan masa yang ada untuk memikirkan perkara yang kita takuti.
Instead of thinking about what worst could happen, we could do get ourself busy prepare for it.
Contohnya, jika kita risau atau takut andai kita dibuang kerja atau diberhentikan serta merta, pasti menjadikan kita bersifat pasif dan menyendiri. Kerisauan perlu dibendung dengan mencuba alternatif, buka minda untuk mencari jalan keluar.
Apa kata cuba buktikan yang terbaik agar tidak dipecat.
atau, prepare cari kerja baru secara freelance or cari kerja lain untuk jadi back up sementara.
Pilihan di tangan sendiri. Cuma perlu pilih dan jangan menoleh ke belakang bila tidak perlu!
Satu lagi masalah bila mana pemikiran celaru sampai tidak lena, tidak makan, murung dan menyendiri.
Ya, saya pernah mengalami kecelaruan, kemurungan, bersedih dan menyendiri.
Sehingga satu tahap sampai nak hilangkan diri, menghukum diri dan give up. Malah, pada masa murung, sedih, sendirian kesihatan jadi terabai. Berat badan susut, kulit jadi kering dan saya rasa badan sentiasa lemah. Aura sedih dan sendiri itu seolah olah menghimpit diri sendiri menjadi terkurung dalam sangkar ciptaan saya sendiri.
Betapa susah nak keluar dari kemelut jiwa yang gelisah, betapa payah nak menaikkan semangat diri yang dah menjunam jatuh. Tapi, berbekalkan kekuatan secebis yang masih ada, saya cuba mencari diri yang lemah. Memajukan diri, membaiki kesilapan diri, belajar menerima dan memahami hakikat. Dan akhirnya mampu memotivasi diri.
Ops, maaf melalut tentang diri sendiri melebih pula.
Apakah ganguan emosi yang ada?
Hasil kajian Omar, Mohamed Alfian Harris and Mustaffa, Mohamed Sharif (2006) menunjukkan bahawa jenis emosi kebimbangan merupakan jenis emosi yang paling kerap dialami oleh pelajar iaitu sebanyak 26.1% dan jenis emosi trauma merupakan jenis emosi yang minimum dialami iaitu 1.1%. Punca utama ketidakstabilan emosi pelajar adalah disebabkan oleh faktor pendapatan keluarga yang sederhana iaitu sebanyak 44.4%. Dan faktor bangsa adalah penyumbang punca ketidakstabilan emosi yang terendah iaitu hanya 9.8%. Kajian juga mendapati bahawa pelajar kerap menggunakan kaedah bertenang iaitu sebanyak 46.7% manakala kaedah rawatan ubat- ubatan hanya 0.6% sahaja.
Fakta dalam buku Kesehatab Mental (nd), satu jenis ganguan mental adalah " Gangguan somatoform di mana individu terlalu memikir-mikirkan dan merisaukan ... dan menggunakan pengetahuan untuk memecahkan masalah-masalah sehari-hari" Kesehatan Mental 2 (Kanisius publication).
Solusi terbaik mengelakkan diri daripada berfikiran melebih-lebih atau terlampau risau adalah:
Memenuhi masa dengan sepenuhnya, jangan biarkan masa anda kosong tidak terisi.
Cuba buat sesuatu, wujudkan hobi baru atau buat kerja tambahan atau membuat kira-kira harian supaya anda tidak ada masa untik berfikir. Bila sudah sibuk dengan aktiviti baru, fokus dan cabang minda akan terbahagi kepada perkara yang lain.
TIADA SEBAB UNTUK KITA BERDUKA LARA SEBAB KITA TIADA MASA UNTIK BERSEDIH
Ada yang buat kerja part time, bila balik ke rumah badan sudah penat lalau terus tidur.Jadi bila masa nak mengelamun, berimaginasi yang bukan bukan selepas penat dan lelah?
Ini adalah alternatif mengelak dari beragan angan mat jenin. Cuba wujudkan satu settingdalam minda yang tindakan lebih bermutu berbanding angan angan!
Positifkan diri, tabahkan jiwa, kuatkan mental anda, hidup makin mencabar. Jadi bersedia menghadapi sebarang kebarangkalian yang ada.
Terima kasih kepada penulis buku How To Stop Worrying and start living, JANGAN bersedih, Dont Be sad, Mutiara Kata, dan macam lagi buku motivasi.
Kita harus belajar mengawal emosi di samping memotivasikan diri dan orang lain.
Discover how to:
Eliminate fifty percent of business worries immediately.
Reduce financial worries.
Avoid fatigue—and keep looking you.
Add one hour a day to your waking life.
Find yourself and be yourself—remember there is no one else on earth like you!
Wassalam.
Rujukan:
How To Stop Worrying and start living, Dale Carnegie .2002.
Tiga juta rakyat Malaysia terdedah penyakit mental, EdaranSalindah on December 5th, 2010 melalui laman sewsawang :http://www.edaransalindah.com/main/tiga-juta-rakyat-malaysia-terdedah-penyakit-mental/
Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam: Satu Tinjauan, Mohamed Alfian Harris B. Omar dan Mohamed Sharif Mustaffa PhD (2006). ,Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai.
No comments:
Post a Comment