Saturday 21 January 2017

Bos jenis diktator?

BOS DIKTATOR?

Kadangkala kita mahukan kehidupan yang seimbang. Tanpa ada sebarang masalah, konflik atau pertingkahan.

Nonsense la! Hidup ini pun sudah satu ujian. Pastinya kita akan diuji dan terus diuji. Mana mungkin kita di tempat kerja tiada masalah, di rumah akan tiada masalah juga. Atau sebaliknya.

Topik kali ini tentang perangai-perangai bos. Mari mengumpat mereka! Ahaah, gelak nakal sekejap.
Andai dia baca atau terbaca entry ini, mungkin saya akan terus dipecat kot. Tapi, salahkah kita bersuara?

Nama paling gah dalam sejarah pemerintahan bersifat kuku besi atau diktator adalah Mao Zedong, dan lain-lain nama yang tersenarai adalah Adolf Hitler, Joseph Stalin, Augusto Pinochet, Hideki Tojo, Leopold II, Vlad III, Idi Amin Dada, Ismail Enver Pasha, Nicholas II,[1]etc.
Kenapa dikatakan diktator?

Jika kaji sejarah sifat-sifat diktator ini diklasifikasikan sebagai polisi seseorang pemimpin yang memperlakukan rakyatnya dengan diskriminasi sehinga menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku. Seperti di Republic China masa pemerintahan Mao Zedong ketika World War II, yang mendiskriminasi rakyat 4-6 bilion dengan menjatuhkan hukuman bunuh dan lebih 20 million mati akibat kebuluran.

Itu zaman lampau, kalau zaman millennia ni macam mana pula? Kebarangkalian 75% yakin yang pemimpin seluruh dunia masa kini tidak mengamalkan konsep diktator secara fizikal namun kebarangkalian 80% setuju tentang sifat diktatorisme yang diterap secara “halus”. Bermaksud menggunakan medium berbeza, selain penyiksaan atau hukuman fizikal, tetapi lebih parah bila pemerintahan kini menggunakan medium media, system pengurusan dan penyelenggaraan sebagai laluan menyekat, atau menyusah atau menyeksa rakyat secara halus tetapi tetap Nampak “demokrasi”.

Kita bukan mahu bincang tentang demokrasi berparlimen atau politik dalam Negara atau luar Negara. Sekarang ini kita hanya nak bergosip tentang ketegasan-ketegasan yang ada dalam diri insan bergelar “ bos” atau “majikan”.

" Dowswell P. (2005) clasified that dictatorship take away civil liberties of their citizen. For example, they remove people's right to free speech and their right to oppose the government of their country."

Justifikasi tersebut menerangkan bahawa dalam sesuatu pemerintahan akan wujudnya situasi yang mana pemerintah menghalang kebebasan bersuara dan kelantangan menetang pemerintah.

Bila kita masuk ke dalam bab pemerintahan dalam sesebuah organisasi atau institusi, semestinya majikan, bos atau supervisor adalah peneraju utama yang memegang watak diktator.
Mereka adalah pemerintah dan memerintah keringat pekerja bawahan.

Analoginya, pemerintahan mutlak ini suatu yang dianggap positif kerana menjadi pemula dan pemberi arahan secara mutlak, sekata dan seragam kepada penggerak (pekerja) organisasi.

Akan menjadi kekacauan bila terdapat lebih dari satu pemerintah kerana arahan dan pandangan mereka mungkin bercanggah. Pastinya sukar untuk menyeragamkan kemahuan pemerintah jika mereka lebih dari satu kepala.

Kita kupas ciri-ciri diktator versi majikan..

Ciri-ciri diktator yang ada pada insan bergelar “bos” atau “majikan”:

1.      Tegas dan lantang dalam membuat keputusan (Ciri ini dikatakan ciri positif kerana menampilkan kredibiti beliau. Malah ketegasan dan prinsip ini mungkin menaikkan semangat bekerja bagi pekerja mereka)

2.      Tiada suara majoriti diperlukan untuk perubahan yang mereka mahukan. dan permintaan pekerja hanya diterima dengan budi bicara mereka sahaja.

Misalnya, untuk sebarang perubahan waktu operasi, pekerja hanya mengikut arahan majikan untuk merubah waktu bekerja, tanpa memerlukan persetujuan semua kakitangan.

3. Menghalang pekeja bercuti atau mendapat faedah bercuti secara berderet.

Kebarangkali ada yang terlepas pandang dengan situasi pekerja yang terpaksa bekerja mengganti pekerja yang bercuti.
Sering terjadi bagi jururawat yang bekerja shift. Sukar untuk mendapat cuti atau apply cuti jika kekurangan staff.

4. Mengarah selepas waktu bekerja.
Scenario ini sangat berleluasa jika pekerja kerap membalas email, mesej, whatsapp atau menerima panggilan daripada majikan selepas waktu bekerja.
Bukan bermaksud tidak patut atau tidak bole. Jangan bawa kerja ke rumah jika tidak perlu! Jangan bawa emosi di rumah ke pejabat! Fair and square!

Cukuplah 4 ciri diktator moden dalam versi bos atau majikan yang boleh diperhatikan.

Pemerintahan atau penggunaan kuasa dikaitkan dengan keangkuhan dan kemampuan. Ya, tidak dinafikan mereka ada kekuasaan dari segi keupayaan menggunakan wang dan kepentingan diri untuk mendapatkan sesuatu. Namun, mereka yang di bawah, selaku mangsa diktatorisme yakni pekerja berhak mempertahankan kebebasan dalam tindak tanduk seharian.

Jangan biar mereka melampaui batas dan menidakkan kepentingan kita selaku pekerja.

Dengan reverse psychology pasti bole membuat bos terdiam dan memahami kepentingan kita untuk memajukan perniagaan mereka.
Reverse psychology dengan menunjukkan kemampuan kendiri yang utuh untuk memajukan diri seiring dengan perjalanan syarikat atau organisasi. Bila mana kita yang bekerja cepat, pantas dan produktif pasti akan disayangi oleh majikan. Ini bukan bermaksud untuk menjadi "kaki bodek" ataupun "kaki kipas". Please la, dengan cara "do what you been told, prepared before you being ask, work on it as you promised them to do" pastinya memukau mereka tanpa perlu bermuka -muka. Produktivity diutamakan!

Bossy bos memang susah untuk memahami kehendak dan perasaan kita, jadi tidak salah ada satu masa kita berhadapan dan membuat satu keputusan dengan beri peluang mereka mengubah sesuatu mengikut keselesaan pekerja.

Bos, I would like to request something and your reaction and action will define my decision for this year.
Hope you willing to provide these.........

Pernah juga mengadu kepada bos berkenaan dengan ketidak puasan hati, ye hati ini sudah tidak tahan! Dari merana dan tersiksa ibarat katak yang dimasukan dalam air panas, katak itu akan cuba bernafas dan menyesuaikan diri dengan keadaan air yang kian lama makin mendidih. Lama kelamaan katak tersebut akan mati.
Tidak saya bukan katak dan tidak mahu adaptasi dengan keadaan sekeliling. Cukup. Cukup. Cukup.
Perlu ada sistem dan flow sistem yang sistematik.

Okay sambung next entry. Usah biarkan diri diperguna, dipersia tanpa dipeduli...


Rujukan:

List25 LLC.(2011-2014) melalui laman http://list25.com/25-of-historys-deadliest-dictators/5/


Systems of Government Dictatorship
By Paul Dowswel 2005. Book Factory Limited

No comments:

Post a Comment