Monday 3 April 2017

Keluhan tentang jodoh

Keluhan tentang jodoh
Salam buat semua yang sudi menyinggah di entry ini.
Bukan mengungkit atau membangkitkan isu, sekadar meluah perasaan hati ini.
Maaf terlebih dahulu andai kata-kataku menguris hati kalian.
Jodoh itu ketentuan, jodoh itu ditakdirkan.
Mengapa harus risau bila belum bertemu lagi dengan bakal pasangan?
Kepada bonda tercinta, Mak tersayang, ibu yang dikasihi..
Jika ada anak yang lewat bertemu jodoh, dukunglah anak anda untuk buat perkara yang elok, baik, bagus bagi mengisi masa lapang. Biarlah anak dara, anak teruna anda menghabiskan masa berjalan jalan, beriadah, dan mengikuti geng2 amal. Ini adalah masa sesuai untuk mencuba banyak perkara, belajar menghargai kehidupan sedia ada dengan melihat keadaan sekeliling.
Bondaku tercinta, jangan sedih dengar cerita anak dara kawan bonda bakal bertunang, bakal menikah..
Mak tersayang, jangan bandingkan rezeki anak orang lain dengan anak mak.
Ibu yang dikasihi, jangan menyoal tentang jodoh anak setiap kali kami balik ke rumah.
Ye, bonda, kami tak mahu bonda sedih atau menunjukkan riak suram. Biar anakanda ni saja yang sedih, murung, tidak berduit sekalipun. Janji bonda tersenyum riang.
Minta Mak tersayang tidak banding-bandingkan keupayaan kami. Kami semampunya sediakan apa yang mak mahu. Jika mak nak makan apa, apa yang mampu anak mak boleh belikan. Kalau mak mahu berjalan ke mana-mana, anak mak boleh simpan duit sikit-sikit untuk belanja mak kemana mak nak. Termasuklah nak bawa mak ke Mekkah.
Maaf, bu. Anak mak bukan tidak mahu jawab soalan siapa anak mak dating, ada pakwe atau makwe ke anak mak ni. Bila nak kenalkan bakal menantu kat ibu. Anak ibu ni harap sanggat agar dapat bertemu jodoh dengan pasangan yang terbaik dan elok akhlaknya.
Bukan memilih, tetapi belum dipilih dan belum pada masanya.
Anak mak harap agak dapat jatuh cinta dengan cara natural tanpa diaturkan oleh Mak. Harap mak fahamlah, dan anak mak ni semahunya tidak ingin mengecewakan mak, tapi bersabarlah mak. Masanya akan tiba.
Buat mak cik dan pakcik sekalian,
Palig menyedihkan dan memilukan bila hari raya dan majlis kahwin anak sedara, sepupu sepapat lainl. Bualan dan gosip sentiasa ada.
Status andartu, status anak dara tua, status bujang terlajak ibarat sebati dengan masyarakat kita. Masa keraian harus bergembira, tetapi ada yang berduka. Sedih sungguh rasa.
Buat si dara, teruna yang berhadapan dengan soalan cepu mas dari sekeliling , Bila nak kahwin, sudah ada pasangan?.. Ini adalah pertanyaan penyedap seri di hari keraian. Faham sanggat dengan pakcik makcik yang hendak memulakan bicara dengan soalan ini. Jawablah dengan tenang tanpa menyedihkan hati si pendengar.
Insya Allah, jodoh akan sampai. Hujung tahun nanti kami hantar kad jemputan.
Dan berikan senyuman terindah.
Awak, tahu hati awak macam mana. fikiran awak melayang memikirkan sesuatu yang tak kunjung tiba. Tahu perasaan itu menggangu hidup awak. Tapi, jangan jadi pendiam, penyepi, sunyi sendiri. Azam dalam diri, hari ini aku tengok wayang sendiri, esok lusa aku akan berteman. Hari ini aku shopping baju untuk aku, esok aku shopping baju untuk anak pulak. Masa sendiri ini senang layan kehendak diri.
Positifkan diri dan ikut keinginan. Hilangkan rasa "secured" yang diri anda wujudkan. Step out of comfort zone, try to do something new. Get yourself busy. Maybe your new hobbies will lead you to some treasures or something worthy or someone.. who knows.
p/s: Moga - moga aku bertemu jodoh dengan insan yang tepat, pada masa yang tepat dengan keadaan yang sedia dan ikhlas. Amin.